MyKoop merupakan gerbang maklumat berasaskan web yang bertemakan "PEMANGKIN KEMAJUAN GERAKAN KOPERASI MELALUI ALAM DIGITAL".
MyKoop dibangunkan khusus untuk Gerakan Koperasi di Malaysia, sebagai sebahagian usaha untuk membantu pencapaian matlamat negara dalam mengurangkan jurang digital antara sektor.
Sebagai Gerbang Maklumat Gerakan Koperasi, MyKoop berfungsi sebagai medium penghubung kepada; koperasi dengan ahli-ahlinya, orang awam dengan koperasi, koperasi dengan koperasi, koperasi dengan agensi kerajaan, dan koperasi dengan entiti perdagangan yang lain dalam membentuk jaringan hubungan dengan pelbagai pihak tersebut. MyKoop menyediakan pelbagai maklumat, kemudahan dan aplikasi untuk dimanfaatkan sepenuhnya oleh gerakan koperasi.
Di antara kemudahan dan aplikasi utama MyKoop adalah:
- Maklumat Koperasi Berdaftar
- Laman Web Koperasi
- Pangkalan Data Maklumat Anggota Koperasi
- eKedai Koperasi (Barangan & Perkhidmatan)
- Permohonan Keanggotaan
- Berita dan Peristiwa
- Maklum Balas myKoop
- Soalan Lazim (FAQs)
- Forum